Bolehkah Isteri Yang Sedang Mengandung Berpuasa ?


Menjelang bulan Ramadhan,ramai ibu2 dan bakal ibu yang risau untuk menjalankan ibadah puasa secara penuh kerana kuatir impak perubahan pola makan terhadap kesihatan bayi didalam kandungan.Padahal kajian menunjukkan,puasa dapat memberikan impak positif bagi ibu hamil asalkan ibu dalam keadaan sihat serta pola makan diatur dengan baik dan pengambilan nutrisi tetap terjaga dengan seimbang.

Salah satunya manfaat puasa bagi ibu hamil adalah membantu pembakaran lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh.Perubahan pola makan dari tiga kali sehari menjadi dua kali sehari selalu membuat ibu hamil risau untuk menjalankan ibadah puasa. ini kerana ada yang beranggapan wanita hamil yang berpuasa memiliki risiko melahirkan bayi yang kurang berat badan.

Namun perlu diingat bahawa masalah berat badan bayi kurang hanya dialami oleh wanita yang cenderung memiliki pola makan dan diet yang teruk.

Kajian lain juga menunjuk kan bahawa berpuasa di bulan pertama kehamilan dapat mengakibatkan penurunan berat badan bayi ketika lahir. Namun penurunan ini hanya sekitar 40 gram dan tidak akan memberi kesan langsung pada bayi.

Wanita hamil yang berpuasa akan mengalami perubahan keseimbangan kimia dalam darah. Namun, perubahan ini tidak berbahaya bagi ibu dan bayinya.

Namun wanita hami perlu membatalkan puasa jika ada tanda-tanda seperti pendarahan, kontraksi (lebih dari empak kali dalam 1 jam), terjadi penurunan pergerakan janin, penglihatan kabur, tegang otot,sesak nafas dan pening kepala.

Oleh itu, ibu hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup dan menjauhkan diri dari stres. Selalu ingat untuk mengambil nutrisi yang mencukupi ketika berbuka puasa.

Ibu hamil umumnya memerlukan nutrisi yang berbeda dengan wanita biasa. disarankan supaya ibu hamil mengambil makanan berasakan susu dan protein lebih kurang dua kali ganda lebih banyak.Pastikan juga pengambilan nutrisi ketika puasa mencukupi di malam hari dengan memperbanyakkan makanan yang kaya serat dan minum air kosong yang banyak.

Jangan mengambil gula berlebih sewaktu sahur kerana boleh menyebabkan insulin shock.elak kan juga minuman berais dan berkafein ketika sahur.

Comments

0 comments:

Post a Comment