Amalan Melayu Yang Boleh Membawa Syirik



Ucapan-ucapan yang terdengar pada lisan sebahagian orang Melayu:

"Minta Simpang Malaikat 44..",

"Nenek Datuk Cucu tumpang lalu..atau.. tumpang Kencing" jika melintas di tempat yang menggerunkan atau kencing di hutan.

Ucapan-ucapan ini membawa maksud Isti'azah (memohon perlindungan) dengan makhluk Ghaib dan ianya adalah SYIRIK AKBAR yang menjadikan penuturnya terkeluar daripda Islam -na'uzubillah min zalik-

Firman ALLAH ta'ala:

كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: "Dan adalah lelaki-lelaki daripada manusia berlindung dgn lelaki-lelaki daripada Jin lalu mereka menambahkan kepada jin ini dalam Syirik" [al-Jinn: 6].

Yang sahih bacalah doa:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna daripada kejahatan apa yg Dia ciptakan" [HR Muslim].

- Ustaz Muhammad Asrie Sobri -


Comments

0 comments:

Post a Comment